• shafika9

Penjawat Awam Yang Masih Tidak Mengambil Vaksin Akan Dikenakan Tindakan Esok

Pastikan anda mengambil vaksin bagi menjamin kesihatan diri

Kredit foto: Astro Awani


Bagi penjawat awam yang masih enggan untuk mengambil vaksin bakal dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan. Tindakan tegas ini bakal dikenakan mana-mana penjawat awam yang tidak mahu mengambil vaksin COVID-19 tanpa sebarang alasan kesihatan, bermula esok.


Tindakan tersebut dibuat selaras dengan arahan dikeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 2021 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 18 Oktober lalu. Mengikut dari ketua jabatan mana-mana penjawat awam yang tidak mematuhi arahan untuk mendapatkan dos vaksin COVID-19 selepas 1 November boleh dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan.


Menurut dari pekeliling, langkah ini diambil bagi menjaga persekitaran tempat kerja yang selamat dan penyampaian perkhidmatan serta produktiviti perkhidmatan awam berada pada tahap optimum. Semua pegawai awam tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993].


Pada masa kini, statistik terkini telah dikeluarkan JPA setakat semalam mendapati, seramai 16,902 atau 1.6 peratus penjawat awam belum mendaftar bagi mendapatkan pelalian berkenaan.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


7 views0 comments