• shafika9

Penjawat Awam Gagal Ambil Vaksin Sebelum 1 November Depan Dikenakan Tindakan Tatatertib

Mana-mana penjawat awam jangan mengelak untuk mengambil vaksin

Kredit foto: Astro Awani


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mewajibkan penjawat awam mengambil vaksin dan perlu segera melengkapkan imunisasi itu sebelum 1 November depan. Pada setakat ini, menurut dari satu kenyataan memaklumkan seramai 16,902 atau 1.6 peratus penjawat awam belum lagi mendaftar bagi mendapatkan pelalian berkenaan.


Bagi yang belum mendapatkan vaksin mulai 1 November depan dan seterusnya tanpa dikecualikan untuk masalah kesihatan akan dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, katanya dalam satu kenyataan semalam.


Melalui arahan ini sejajar dengan upaya kerajaan untuk meningkatkan kepercayaan masyarakat bagi menggembalikan kehidupan kepada normal serta mengembalikan perkhidmatan awam ke fungsi yang lebih maksimum berdasarkan fasa Rancangan Pemulihan nasional.


Menurut dari Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebelum ini mengatakan bahawa kerajaan akan membincangkan tindakan terhadap penjawat awam yang enggan mendapat vaksinasi COVID-19 kecuali mereka yang mempunyai masalah kesihatan.


Sumber artikel asal dari VOCKET

5 views0 comments