• Jonathan Shiek

Penjaja Di Simpang Lampu Isyarat Masih Lagi Beroperasi

Seperti kita mengetahui, pihak berkuasa telah mengeluarkan undang-undang baru iaitu penjual di simpang lampu isyarat dan pembeli boleh dikenakan tindakan denda sebanyak RM 2000. Tapi, perkara ini masih lagi buat endah tak endah oleh segelintir penjual tersebut.

Masih ada beberapa tempat seperti di susur keluar Sentul dari Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan di kawasan Greenwood mendapati aktiviti berkenaan masih terus berlaku. Dua kawasan ini menjadi kawasan strategik buat peniaga untuk menjual produk mereka di sini seperti jual buah mangga.

Selepas amaran polis telah dilakukan pada minggu lalu, banyak peniaga mula berkurang menjual produk mereka di simpang lampu isyarat. Berkemungkinan takut dan mula akur dengan larangan tersebut.

Kata seorang pengguna jalan raya, “jika ia tak dikawal secara ini, ia akan makin tak terkawal dengan peningkatan peniaga di simpang lampu isyarat untuk menjual barang mereka” katanya.  

Tambahnya lagi, “mereka (peniaga) perlu mencari alternatif lain untuk berniaga di kawasan yang kurang bahaya dan pemilihan lokasi yang sesuai”.

Peraturan Kaedah 10A(1) LN 166/59 telah menetapkan individu yang menjaj di persimpangan lampu isyarat boleh dikenakan tindakan saman. Tiada urusan berjual beli di atas jalan raya, jika tidak ia boleh disabitkan kesalahan denda RM 2000.

Sumber artikel asal dari Sinar Harian

0 views0 comments