• Syaziyah Md Sharif

Peniaga Kecil Ini Sanggup Mengumpul Duit Syiling Untuk Membayar Kereta Idaman Secara Tunai

Mereka inginkan sebuah kereta Toyota Rush

Kredit foto: Suara.com

Sikit-sikit lama lama jadi bukit, itulah peribahasa yang amat sesuai diberikan kepada pasangan suami isteri ini yang mengumpul duit syiling dan wang kertas untuk membeli kereta idaman mereka.


Bermula dari mengumpul duit baki dalam tong air mineral, dan wang kertas kecil dalam kotak kadbod, suami isteri Asriyadi Syamsuddin dan Ratna yang bekerja sebagai peniaga runcit di Kota Makassar, Sulawesi Selatan dapat membeli sebuah kereta Toyota Rush.


Mereka mula mengumpul wang untuk pembelian kereta ini ketika pasangan itu melihat banyak duit baki di rumah mereka yang datang dari urusan membeli-belah di pemborong dan sebahagian pembayaran pembeli. Mereka tidak mengira wang kecil itu dan hanya mengumpulkan dan memasukkan ke dalam tong air kosong.


“Tidak terasa sudah empat tahun saya menabung duit syiling ini kerana saya tidak pernah mengira jumlahnya.


“Apabila saya melihat bekas air yang digunakan untuk menyimpan duit syiling sudah penuh, barulah saya keluarkan dan mendapati bahawa jumlahnya mencecah ratusan juta rupiah,” kata Asriadi.


Ketika membawa wang tabungan ke bilik pameran kereta Toyota di bandar, para pekerja di sana telah membantu Asriadi mengira jumlah yang diperlukan untuk membeli kereta idamannya.


“Ini satu situasi luar biasa kerana pihak kami tidak pernah menerima pelanggan yang membeli kenderaan secara tunai menggunakan duit syiling.


“Namun, Asriadi membawa wang yang cukup iaitu 271 juta rupiah (RM79,269) untuk membolehkannya memiliki kereta Toyota Rush,” jelas seorang pekerja Toyota, Nur.



Sumber: Suara.com

13 views0 comments