• Syaziyah Md Sharif

Penggunaan Pengimbas Suhu Tidak Lagi Diwajibkan

Kenyataan itu diberikan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin

Kementerian Kesihatan telah bersetuju untuk menghapuskan pemeriksaan suhu daripada prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang mengawal kemasukan ke tempat awam.


Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, ini akan dicadangkan semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Negara untuk makluman dan kemas kini dalam dokumen SOP Pelan Pemulihan Negara.


“Kementerian telah bersetuju supaya pemeriksaan suhu dikeluarkan daripada SOP sedia ada. Selepas ia dipinda dalam Mesyuarat Peringkat Menteri Kuartet Covid-19 akan datang, premis tidak lagi diwajibkan untuk melakukan pemeriksaan suhu.


“Imbas sahaja menggunakan aplikasi MySejahtera apabila memasuki premis,” katanya pada sidang media semalam.


Khairy juga berkata kementerian tersebut juga bercadang untuk menghapuskan penggunaan buku log di premis, di mana seseorang perlu menulis butiran peribadi seperti nama dan bacaan suhu.




Sumber: New Straits Times

10 views0 comments