• shafika9

Pengguna Lebih Suka Habiskan Masa Dengan Tonton TikTok Berbanding Youtube

Korang lebih suka tonton Youtube ke TikTok ?

Terdapat satu laporan analitik baharu mendapati aplikasi video sosial TikTok telah menewaskan YouTube bagi purata tempoh masa ia ditonton pengguna dalam kalangan pengguna peranti Android di Amerika Syarikat. Data daripada platform data dan analitik mudah alaih, App Annie mendapati aplikasi TikTok telah menewaskan YouTube kira-kira setahun lalu dengan rata-rata pengguna banyak menghabiskan masa lebih 24 jam sebulan bagi menonton kandungan TikTok berbanding 22 jam 40 minit untuk menonton kandungan YouTube.


Bagi laporan di negara Britain TikTok menewaskan YouTube pada Mei 2020 bagi masa yang paling banyak dihabiskan seorang pengguna iaitu hampir 26 jam sebulan. Data ini hanya terhad pada pengguna peranti Android, namun ia menunjukkan kenaikan ketara bagi jumlah penonton meskipun kandungan video yang dimuat naik di platform TikTok amat terhad kepada tiga minit.


YouTube yang dimiliki oleh syarikat terkemuka Google masih mempunyai jumlah penonton paling ramai disebabkan pangkalan penggunanya yang lebih besar iaitu sekitar dua bilion. Tetapi, TikTok mempunyai 700 juta pengguna. Malah, YouTube turut memperkenalkan satu platform video baru yang dikenali YouTube Shorts sebagai saingan kepada TikTok.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


0 views0 comments