• Syaziyah Md Sharif

Pengembara Yang Pernah Dijangkiti COVID-19 Tidak Perlu Kuarantin Wajib

Mereka bagaimanapun perlu lakukan ujian RTK Ag di pintu masuk antarabangsa

Kredit Foto: The Star

Bermula 13 Januari, pengembara yang tiba di Malaysia dan pernah dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 11 hari hingga 60 hari serta telah lengkap vaksinasi Covid-19 tidak perlu menjalani kuarantin wajib.


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, bagaimanapun mereka masih perlu melakukan ujian pengesanan Covid-19 menggunakan RTK Ag di hadapan petugas kesihatan kerajaan atau swasta yang ditempatkan di pintu masuk antarabangsa (PMA).


“Bagi pengembara yang belum menerima vaksinasi lengkap atau tidak divaksinasi pula akan dikenakan kuarantin wajib tujuh hari di stesen kuarantin dan perlu lakukan ujian pengesanan Covid-19 menggunakan RTK Ag di hadapan petugas kesihatan kerajaan atau swasta ditempatkan di PMA.


“Untuk pengembara yang tidak pernah dijangkiti Covid-19, ketetapan semasa masih terpakai. Kerajaan akan memaklumkan sebarang perkembangan mengenai situasi dan ketetapan baharu bagi pengembara dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan.


Khairy juga turut berkata, berdasarkan data dan bukti saintifik serta pengalaman negara lain berkaitan pengurusan kemasukan pengembara yang pernah dijangkiti Covid-19, kerajaan mengambil pendekatan iaitu mereka hendaklah telah menerima vaksin lengkap dengan bukti penerimaannya.



Sumber: Kosmo!

10 views0 comments