• shafika9

Pengeluar Jenama Arak ‘Timah’ Jelaskan Keadaan Sebenar

Jenama arak ini yang dikatkan dengan nama anak nabi, malah berkopiah

Kredit foto: Winepak


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad mengutuk tindakan pengeluar minuman keras wiski Timah yang menyatakan pembuatannya bersikap ‘provokatif’. Manakala, Dewan Ulama PAS yang menggesa kerajaan untuk ambil tindakan lebih tegas terhadap syarikat pengeluar arak tempatan termasuk menutup operasinya.


Arak Timah telah menjadi kontroversi berikutan jenamanya yang dianggap berkaitan dengan nama orang Melayu dan Islam, iaitu ‘Fatimah’ tetapi syarikat pengeluarnya mendakwa ia merujuk kepada bijih timah. Ini kerana label pada botol arak itu yang menggunakan imej lelaki berjanggut memakai seakan-akan kopiah, dipercayai adalah kapten Tristam Speedy yang merupakan seorang Kapten Polis di Larut, Perak pada 1870-an


Ketua Penerangannya, Mohd Nor Hamzah berkata, kerajaan harus memastikan iklan dan promosi minuman keras oleh mana-mana syarikat, dipantau berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. Pemantauan dan penguatkuasaan oleh kementerian berkaitan juga perlu diperkemaskan supaya tidak berulang insiden seperti ini lagi.


Pengeluar Jenama Timah Tampilkan Penjelasan

Akibat dari kontroversi terhadap jenama arak tersebut, pihak pengurusan bagi pengeluar jenama arak Timah telah tampilkan satu kenyataan di Facebook rasmi mereka pada Isnin lalu dan menjelaskan situasi sebenar yang menimbulkan kemarahan masyarakat terhadap nama tersebut. Menurut dari kenyataan tersebut terdapat beberapa maklumat yang salah tersebar dan perlu diperjelaskan supaya tidak berlaku salah faham.


“Perkataan ‘Timah’ adalah perkataan tempatan diambil sempena era perlombongan bijih timah semasa zaman British Malaya. Manakala, Ikon pada botol tersebut merupakan Kapten Speedy yang merupakan salah seorang lelaki yang memperkenalkan budaya whiskey ketika zaman tersebut. “Oleh kerana itu, kami menggunakan nama TIMAH dan kami tidak bermaksud untuk mencetuskan sebarang kontroversi serta sebarang tafsiran yang berhubung dengan jenama kami yang tidak berkait dengan perlombongan bijih timah Malaysia adalah palsu,” kata kenyataan itu.


Sumber artikel asal dari Sinar Harian & Berita Harian


10 views0 comments