• shafika9

Pengayuh Basikal Wanita Maut Dirempuh Sebuah Lori Dari Belakang Di Putrajaya

Updated: Sep 24, 2021

Kemalangan tidak berbau, seorang penunggang basikal maut akibat sebuah lori merempuhnya dari belakang di Jambatan Putrajaya berdekatan Kelab Tasik Putrajaya pada pagi kelmarin. Mangsa berusia 34 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan sejurus tiba di lokasi kejadian. 

Seorang saksi kejadian berkongsikan kemalangan tersebut di ruangan Facebooknya sebelum menjadi tular dikalangan netizen.


Saksi yang dikenali Mohd Shukri @ Budiman Hassan memberitahu “lori berkenaan secara tiba-tiba menaiki penghadang jalan sebelum beliau melihat ada sesuatu yang bergolek” katanya. Tambahnya lagi, “ketika itu saya berada di kereta dan berulang kali membunyikan hon supaya lori tersebut berhenti, rupanya objek yang terjatuh itu adalah basikal” katanya lagi menurut dari Berita Harian. 


Sumber: Shukri Hassan (Facebook)

Setelah 10 minit ambulans dan anggota polis sampai di tempat kejadian. Pegawai perubatan mengesahkan yang mangsa telah pun meninggal dunia. Menurut Berita Harian lagi, Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Superintendan S Vijaya Rao masih menjalankan siasatan dan menahan pemandu lori berkenaan untuk membantu siasatan.

Mayat mangsa dihantarkan ke Hospital Putrajaya bagi bedah siasat dan kes berkenaan mengikut kesalahan trafik atas Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber artikel asal Berita Harian.

#basikal #kemalangan #maut

0 views0 comments