• Jonathan Shiek

Pengawal Peribadi Tak Sengaja Tertembak Rakan Sendiri

Kejadian yang berlaku di Parit Buntar, Perak apabila seorang pengawal peribadi ditahan akibat terlepas tembakan ke arah seorang penjaga kambing hingga mengakibatkan kecederaan di bahagian perut mangsa.

Ketika itu, lelaki berkenaan yang berusia 33 tahun sedang minum bersama mangsa berusia 23 tahun dan manakala lagi dua rakan mereka masing-masing bekerja sebagai pemilik syarikat lori berusia 37 tahun dan penjaga stor berusia 48 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar berkata, pengawal peribadi berkenaan datang bertemu denga tiga sahabatnya untuk upacara sembahyang kematian seorang rakan mereka.

Lalu lelaki berkenaan bertindak mengeluarkan pistol miliknya jenis CZ 75 dengan niat sekadar menunjuk-nunjuk kepada mereka. Kemudian, dia tertarik picu pistol menyebabkan meletup terkena mangsa yang berdiri di hadapannya.

“Mangsa yang berdarah teruk di bahagian kiri perut kini menerima rawatan awal di Hospital Parit Buntar dan dilaporkan stabil,” katanya. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960.

Sumber artikel asal dari Astro Awani

0 views0 comments