Jonathan Shiek
Pengawal Keselamatan Buka Pintu Lif Gaya Naruto, Ditonton Lebih Sejuta Kali
INDONESIA- Aksi seorang pengawal keselamatan (lelaki) menggunakan jurus ala anime Naruto untuk membuka pintu lift menjadi viral di media sosial.
Aksi tersebut terakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang berada dalm lift. Video berdurasi 31 saat itu, kini viral setelah diungkah oleh akaun Twitter (@txtdrberseragam).
Ketika babak berkenaan dirakam, pengawal keselamatan tersebut berada sendirian dalam lift.
Boys will always be boyspic.twitter.com/KXagsDPmHl — txtdariorangberseragam (@txtdrberseragam) April 24, 2021
Rakaman itu menunjukkan dia memasuki lift dan menekan ‘butang’ tingkat yang hendak ditujui. Tidak lama kemudian, dia dengan penuh gaya dengan bergayanya melakukan ‘jutsu hand sign’ yang dipopularkan menerusi anime Naruto.
Dia melakukan aksi itu didepan dinding lift bercermin.