• Syaziyah Md Sharif

Pengarah Filem ‘Mael Totey The Movie’ Bakal Diangkat Sebagai Ikon Pengarah Muda

Updated: Sep 24, 2021

Kejayaan filem “Mael Totey The Movie” arahan pertama Muhammad Syahmi mengutip lebih RM7 juta, bakal mengangkat nama pengarah muda itu sebagai Ikon Pengarah Muda.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Zakaria Abdul Hamid berkata, pengumuman secara rasmi akan dibuat pada satu majlis apresiasi bagi menghargai mereka yang berjaya dalam bidang perfileman negara awal tahun depan.

Credit: Utusan Borneo


“Pengarah muda ini akan diangkat namanya sebagai ikon selepas berjaya menghasilkan filem dengan kutipan yang tinggi dan ini satu pengiktirafan kepada anak-anak muda. 

“Dia (Muhammmad Syahmi) bukan sahaja berjaya dalam usahanya tetapi juga telah mengangkat golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam filemnya,” katanya ketika melawat pejabat produksi pengarah itu di sini hari ini.

Beliau berkata pengarah muda itu telah membuktikan kejayaannya tanpa meminta bantuan pihak lain termasuk FINAS.

Zakaria berkata pengarah muda yang lain perlu menghasilkan karya yang dikehendaki golongan muda yang tidak lagi tertumpu kepada kisah yang stereotaip sebaliknya bagaimana dapat membina bangsa dan negara melalui filem.

Sumber: BERNAMA

0 views0 comments