• Jonathan Shiek

Pengantin Perempuan Meninggal Dunia Ketika Disolek Sebelum Majlis Akad Nikah

Saat yang dinanti-nantikan, akhirnya telah bertukar menjadi satu kesedihan apabila pengantin perempuan meninggal dunia akibat sakit jantung ketika disolek oleh jurusolek di Desa Pariti, Kupang, Indonesia.

Mangsa yang bernama Sita, 31 tahun pada mulanya jatuh pengsan dan keluarga menyangkakan dia hanya kepenatan. Jurucakap polis, Deff Wee berkata petugas perubatan dari Pusat Kesihatan Pariti datang ke rumah mangsa dan mendapati dia sudah tidak bernyawa.

Katanya pihak keluarga membawa mangsa ke Hospital Naibonat bagi mengesahkan keadaan mangsa. Menurut dari hasil pemeriksaan doktor mangsa mati akibat serangan jantung. Sepatutnya semasa hari kejadian akan diadakan tiga acara dari pagi hingga petang iaitu peminangan, pernikahan dan majlis perkahwinan.

Namun, bakal suami Sita, M Cholid terpaksa menerima suratan takdir apabila hari bahagian telah bertukar menjadi majlis pengebumian. Takziah buat keluarga mangsa.

Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

0 views0 comments