• Syaziyah Md Sharif

Pengantin Berusia 60 Tahun Nampak Berseri Di Hari Bahagia

Hebat betul jurumekapnya!

Tangkap layar video @ermatahir

Hari bahagia adalah impian setiap wanita, dan sudah pastinya para pengantin wanita ingin tampak anggun dan berseri.


Tular di laman TikTok, perkongsian seorang jurusolek atau mak andam perkahwinan dikenali sebagai Erma Tahir, dia telah memuat naik sebuah video seorang pengantin yang didandannya sewaktu majlis perkahwinan.

Video tersebut menarik perhatian netizen kerana kepakaran Erma Tahir menyolek mempelai wanita sehingga terlihat seri seorang pengantin dan ramai yang terkedu apabila pengantin tersebut sebenarnya sudah berusia 60 tahun!


Dalam kapsyen yang disertakan di video tersebut, pada awalnya pengantin perempuan sempat bertanya sama ada bolehkah Erma Tahir mendandankannya supaya terlihat berseri-seri di hari bahagia memandangkan sudah berusia 60 tahun.


Namun, Erma menyakinkan mempelai dengan berjanji untuk melakukan yang terbaik. Ternyata hasilnya sangat memukau.


Perkara tersebut telah menjadi bualan warganet yang rata-rata memuji penampilan pengantin perempuan yang terlihat sangat cantik dan manis, pastinya siapa yang tidak mengenali akan menganggap mempelai baru berusia 20 atau 30an.


Hebatnya!



19 views0 comments