• Jonathan Shiek

Penerjun Hongchan Diserbu Oleh Penduduk Kampung Selepas Kemenangannya Di Sukan Olimpik

Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari China, Quan Hongchan yang menjadi popular dikalangan penduduk kampungnya sehingga terpaksa ditutup kepada orang luar kerana susulan kejayaannya pada acara terjunan 10 meter platform. Ramai pihak menyerbu kampung tersebut sehingga melanggar peraturan sekatan COVID-19.

Menurut laporan media tempatan, kampung atlet berusia 14 tahun yang terletak di wilayah Guangdong itu diserbu oleh orang ramai uang ingin merakam gambar demi untuk mendapatkan bilangan ‘likes’ yang banyak bagi kandungan media sosial mereka. Ada juga yang berkumpul sehingga selepas waktu tengah malam untuk membuat penstriman secara live merakam video.

Bukan setakat itu sahaja, ada yang sanggup panjat pokok untuk mendapatkan sudut pemandangan yang lebih jelas serta mengambil buah nangka sebagai cenderahati. Malah ada juga yang mengetuk pintu rumah Hongchan untuk bergambar bersama ahli keluarganya. 

Hongchan mula menjadi sensasi di internet selepas cerita mengenainya yang ingin memenangi pingat emas di Olimpik kerana mahu membantu keluarga serta mengumpul wang bagi merawat ibunya yang sakit menjadi liputan media secara meluas sehingga menyentuh hati ramai pihak. 

Selepas kejayaan Hongchan membawa pingat emas untuk negaranya, banyak pihak yang tampil menawarkan pelbagai bantuan serta hadiah termasuk wang tunai, makanan ringan, mesin permainan, perkhidmatan perubatan serta tawaran tiket kemasukan zoo dan taman hiburan percuma seumur hidup. Walaubagaimanpun, ayahnya telah menolak hadiah-hadiah wang tunai dan berterima kasih kepada sikap bermurah hati pada penderma.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

1 view0 comments