• Jonathan Shiek

Penerima Hati Pertama Meninggal Dunia

Penerima hati pertama negara, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini, 23 tahun telah dilaporkan kritikal pada sejak 13 Februari lalu dan telah menghembuskan nafas terakhir pada Selasa semalam. 

Mohd Afiq Ikmal yang dirawat di Hospital Selayang, Selangor, dan meninggal dunia kira-kira jam 5 pagi semalam akibat komplikasi hati.

Berita ini telah dikongsikan oleh Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail yang juga penderma hati kepada Mohd Afiq Ikmal. 

Jenazah Mohd Afiq telah dibawa pulang ke kampung bapa Allahyarham di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah. Sebelum ini, pemuda berkenaan telah menjalani pembedahan ketika berusia 14 bulan, selepas Wan Mohd Hafizam menyatakan kesediaan mendermakan sebahagian hatinya.

Sumber artikel asal dari Berita Harian

1 view0 comments