• shafika9

Penerbangan Terpaksa Tertangguh Sehingga 10 Minit Kerana Kura-Kura Melintas Di Landasan

Macam mana ada kura-kura dekat landasan kapal terbang ni ?

Kredit foto: New York Post


Pernah tak korang menaiki kapal terbang, sebelum hendak berlepas secara tiba-tiba ada kura-kura melintas di landasan? mesti tak pernah bukan?.Tapi ini betul-betul berlaku di Narita, Jepun sebanyak lima penerbangan terpaksa tangguh selama 10 minit hanya kerana seekor kura-kura sedang melintas ketika itu.


Kejadian itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di wilayah Chiba, Jepun kira-kira 11.20 pagi (waktu tempatan). Disebabkan seekor haiwan sahaja menyebabkan lima pesawat berlepas lewat termasuk penerbangan All Nippon Airways.


Pihak pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita menutup landasan tersebut dan memindahkan kura-kura itu ke tempat selamat. Menurut pihak pengurusan, kura-kura itu sepanjang 30 sentimeter (cm) dengan berat 2.1 kilogram (kg).


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia


10 views0 comments