Syaziyah Md Sharif
Penemuan Strain Terbaru COVID-19, Dikenali Sebagai Deltacron
Strain itu merupakan gabungan varian Delta dan Omicron, ia ditemukan di Cyprus

Profesor Sains Biologi dan Ketua Makmal Bioteknologi dan Virologi Molekul Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis, melaporkan satu strain Covid-19 yang menggabungkan varian Delta dan Omicron ditemukan di Cyprus.
Menerusi laporan Bloomberg, Kotsriki berkata,
"Pada masa ini terdapat jangkitan bersama Omicron dan Delta dan kami mendapati strain ini adalah gabungan kedua-duanya
"Penemuan itu dinamakan 'Deltacron' kerana pengenalpastian tanda genetik seperti Omicron dalam genom Delta," katanya.
Kostrikis dan pasukannya juga mengenal pasti 25 kes sedemikian dan analisis statistik menunjukkan bahawa kekerapan relatif jangkitan gabungan adalah lebih tinggi dalam kalangan pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat COVID-19, berbanding pesakit yang tidak dirawat di hospital.
25 kes Deltacron sudah dihantar ke Inisiatif Global mengenai Perkongsian Semua Data Influenza (GISAID), pangkalan data antarabangsa yang menjejaki perubahan dalam virus, pada 7 Januari lalu.
Sumber: BH Online