• Jonathan Shiek

Penduduk Malaysia Telah Mencapai 32.7 Juta, Lelaki Lebih Ramai Dari Wanita!

Pada suku keempat tahun 2020, populasi penduduk Malaysia dianggarkan mencecah 32.73 orang meningkat berbanding dari tahun sebelumnya seramai 32.59 orang.

Ketua statistik Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan mengatakan 44,390 kematian dicatatkan pada suku keempat tahun 2020 – penurunan sebanyak 0.4 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019.

“Jumlah warganegara Malaysia sekarang adalah 29.85 juta sementara bukan warganegara 2.87 juta,” katanya.

Jumlah penduduk lelaki melebihi dengan 16.83 juta dan 15.90 juta bagi wanita.

Mohd Uzir berkata, komposisi penduduk mereka yang berumur 0 hingga 14 tahun menurun dari 7.63 juta pada suku keempat 2019 menjadi 7.57 juta pada tempoh yang sama tahun 2020.

Bagi mereka yang berumur 65 tahun ke atas meningkat dari 2.24 juta menjadi 2.34 juta dalam tempoh yang sama.

“Trend ini sejalan dengan negara maju lain yang menuju ke arah penuaan penduduk,” kata Mohd Uzir.

Sebanyak 174.313 kematian dilaporkan pada tahun 2020 dengan 44.390 daripadanya pada suku keempat tahun itu, penurunan sebanyak 0.4 peratus daripada 44.566 pada suku yang sama tahun 2019.

#pendudukmalaysia

0 views0 comments