• Jonathan Shiek

Penduduk Bogor Jadikan Bendera Israel Sebagai Alas Kaki

Penduduk daerah Bogor di Jawa Barat, Indonesia menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin menggunakan cara yang berbeza iaitu dengan membentangkan bendera gergasi Rejim Zionis di sebatang jalan utama di kawasan itu, lapor Suara.com, hari ini.

Menerusi kemas kini pemilik akaun Instagram @bogor24update, penduduk Kampung Parung di Bogor sengaja meletakkan dua bendera Israel di atas Jalan Raya Parung – Bogor.


View this post on Instagram

A post shared by bogor24update (@bogor24update)


Dua helai bendera Israel yang bersaiz besar itu hampir menutup jalan raya menjadi lapik alas kaki semua penduduk yang melalui jalan di situ.

Tindakan itu mendapat pujian daripada netizen. Mereka memuji keberanian penduduk kampung menunjukkan sokongan kepada saudara Islam di Palestin.

“Hebat, inilah sokongan yang boleh kita berikan untuk mengutuk Rejim Zionis,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Saya yakin, tindakan serupa akan diikuti beberapa wilayah lain tidak lama lagi. #SavePalestine,” komen seorang lagi.

0 views0 comments