• Jonathan Shiek

Pendaftaran Suntikan Vaksin COVID-19 Rakyat Bakal Dibuka Tak Lama Lagi

Pendaftaran suntikan vaksin COVID-19 pada rakyat Malaysia tak lama lagi akan dibuka, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Katanya, setiap individu bakal menerima dua dos vaksin untuk memastikan pelindungan penuh daripada jangkitan virus tersebut.

“Pada mereka yang menerima vaksin harus menyimpan kad yang telah berikan pada kali pertama diberi suntikan”. “Ini memastikan mereka yang telah disuntik mendapat dos kedua mengikut tarikh yang telah ditetapkan, kebiasaanya dalam julat 21 hari,” ujarnya dalam program Bicara DR di RTM.

Dr Adham tak memberitahu lagi bila tarikh pendaftaran akan dibuka kepada orang awam. Beliau cuma menegaskan penerima vaksin perlu mengamalkan norma baharu untuk memastikan perlindungan optimum.

Malaysia dijadualkan menerima vaksin Pfizer-BioNTech pada akhir Februari ini. Kelulusan juga telah diperoleh daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan.

Sumber artikel asal MalaysiaKini

Kredit foto : The Conversation

#vaksin

1 view0 comments