• Jonathan Shiek

Pencipta Vaksin AstraZeneca Diabadikan Sebagai Patung Barbie

Pencipta yang mengetuai penghasilan vaksin AstraZeneca COVID-19, Profesor Dame Sarah Gilbert, 59 telah diberi penghargaan menerusi penghasilan patung barbie edisi khas dirinya. Gilbert berkata pada mulanya dia berasa pelik apabila melihat dirinya dibuat sebagai patung Barbie. Namun beliau mengharap ia dapat memberikan inspirasi kepada gadis muda untuk bekerja dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). 

“Saya amat berminat untuk memberikan inspirasi kepada generasi akan datang untuk menceburi kerjaya dalam STEM dan berharap kanak-kanak yang melihat patung Barbie saya akan sedar betapa pentingnya sains kepada dunia,” katanya.

Selain dari patung Barbie Gilbert, terdapat juga lagi lima tokoh wanita yang berkhidmat dalam STEM di seluruh dunia termasuk Amy O’ Sullivan dan Dr. Audrey Cruz dari Amerika Syarikat, Dr. Chika Stacy Oriuwa dari Kanada, Dr. Jacqueline Goes de Jesus dari Brazil dan Dr. Kirby White dari Australia.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments