• Jonathan Shiek

Pencipta Asal Perencah Indomie Dilaporkan Meninggal Dunia

Indomie adalah mi segera yang paling digemari kebanyakkan individu di Indonesia mahupun dikalangan peminat mi segera di Malaysia sendiri. Ada khabar duka yang korang patut tahu, bahawa individu pencipta rasa rempah (bumbu) Indomie dilaporkan meninggal dunia pada Rabu lalu.

@Laila Dimyati, berkongsikan satu ciapan di Twitter sebelum disahkan beberapa portal berita negara Indonesia termasuk juga di CNN Indonesia.

Kabar lelayu. Telah berpulang ke Rahmatullah, Ibu Nunuk Nuraini, pencinta rasa Indomie yang kita kenal. Beliau meninggal tadi pagi, Rabu 27 Januari 2021 pukul 2.55 WIB. Semoga Almarhumah husnul khotimah. Aamiin. pic.twitter.com/uy5k8JCoqM — Laila Dimyati (@lailadimyati) January 27, 2021

Nunuk Nuraini sudah bekerja di syarikat Indomie lebih 20 tahun yang lalu dan menghasilkan banyak resipi bersama dengan syarikat berkenaan. Antara ciptaan dan penemuan beliau yang memang dianggap satu ‘karya paling terhebat’ ialah perasa Indomie Goreng yang menjadi kegemaran sehingga ke hari ini.

Apa-apa pun sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat Allahyarhamah Ibu Nunuk Nuraini dan semoga amal ibadat beliau diterima disisi Allah SWT. 

Sumber artikel asal dari CNN Indonesia

#Indomie

1 view0 comments