• Jonathan Shiek

‘Penciplak’ Sambal Khairulaming Akhirnya Tampil Buat Pengakuan

Seorang wanita tampil membuat pengakuan bahawa dia telah menghasilkan Sambal Nyet palsu hasil ciptaan Cef selebriti media sosial, Khairul Amin Kamarulzaman, 29, atau nama popularnya Khairulaming.

Menurut Khairulaming di laman Twitter, wanita itu datang bertemunya pagi tadi dan dia telah membuat tiga tuntutan terhadap individu tersebut.

Selepas issue Sambal Nyet palsu ni dh naik semalam (thanks for sharing guys🙏🏻), she finally admitted her mistake and came forward pagi tadi. Tapi aku taknak benda ni settle senang2 mcm tu je walaupun datang dengan air mata. So ada tiga tuntutan we demand from her: pic.twitter.com/PtwtU0B363 — Khairulaming (@khairulaming) April 29, 2021

Pertama sekali beliau meminta agar wanita tersebut membayar pampasan tunai, namun duit tersebut tidak akan dipulangkan kepada pembeli memandangkan proses memulangkan wang bukan mudah selain dia mahu pembeli turut bertanggungjawab dalam isu ini.

“Oleh itu, 100 peratus duit ini aku akan sedekah kepada asnaf yang memerlukan di bulan puasa. Aku tak akan ambil satu sen pun.

“Kedua, video permohonan maaf secara umum. Ini adalah videonya meminta maaf dan mengaku kesilapannya yang palsukan kandungan sambal dan juga rekaan botol Sambal Nyet,” tulisnya di laman Twitter hari ini.

Menurut Khairulaming, tuntutan ketiga adalah kenyataan pengakuan salah di balai polis.

Harap perkara ini tidak berlalu lagi selepas ini…

1 view0 comments