• Jonathan Shiek

Penantian Tujuh Tahun Jehan Miskin Menanti Anak Tercapai

Pelakon terkenal Jehan Miskin dikurniakan seorang anak lelaki selepas menunggu selama tujuh tahun!

Pasangan Jehan dan Julie telahpun berkahwin pada Mei 2013 dan berita gembira tersebut dikongsi Instagramnya dengan memuat naik beberapa keping foto bersama cahaya mata pertamanya yang diberi nama Axel Nova Rhee Jehan.

Menerusi posting itu, Jehan menulis;

“Selamat datang ke Planet Bumi anak saya, Axel Nova Rhee Bin Jehan, pertama dari nama saya 👶

Dilahirkan tepat lewat tengah malam pada hari ke-9 CNY, dengan bunga api di sekeliling, anda benar-benar satu keajaiban 🎆”

Sementara isterinya, Julie Camelia Rhee yang merupakan warganegara Korea mengakui teruja dengan kelahiran anak sulung mereka.

“Axel kini menyertai keluarga kecil kami pada 20 Februari lalu (semalam).

“Kebahagiaan kini ada di mana-mana,” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Tahniah!

#jehanmiskin

0 views0 comments