• Jonathan Shiek

Penampilan Sulung Sepupu Khabib Dalam UFC Saksikan Kemenangan

Sepupu kepada bintang MMA ternama Khabib Nurmagomedov iaitu Umar Nurmagomedov memenangi perlawannya semalam dalam aksi pertamanya dalam Ultimate Fighting Championship (UFC).

Umar semalam menewaskan lawannya Sergey Morozov dari Kazakhstan dalam pusingan kedua dengan kuncian rear naked choke.

Perlawanan yang diadakan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu menyaksikan pusingan pertama yang seimbang kepada kedua-dua petarung dan beberapa percubaan take down.

Berusia 25 tahun, petarung kelahiran Dagestan, Rusia itu sebelum ini pernah beraksi dalam beberapa promosi MMA termasuk Professional Fighters League (PFL) dan Gorilla Fighting Championship (GFC).

Seperti Khabib, Umar mempunyai rekod profesional tanpa kalah dalam 13 pertarungan yang ditandinginya termasuk pertarungan yang terbaharu ini.

Umar yang bertarung dalam divisyen bantamweight, menjalani latihannya di Eagles MMA, Rusia dan di American Kickboxing Academy di San Jose, California, Amerika Syarikat.

0 views0 comments