• Jonathan Shiek

Penampakan ‘Kuntilanak’ Dirakam Dalam CCTV

Penampakan ‘sesuatu’ yang dikatakan kuntilanak (pontianak) menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menggemparkan penduduk Desa Dahari Selebar, Kabupaten Batubara, Sumatera Utara, semalam.

Rakaman CCTV itu menunjukkan penampakan wanita berbaju putih di hadapan rumah seorang penduduk tempatan sedang membongkok.

Ketua Polis Labuhan Ruku, Asisten Komisioner Jagani Sijabat mengesahkan sudah mengarahkan anggotanya untuk menyiasat rakaman video tular itu.

“Anggota polis kita sudah diarahkan ke lokasi kejadian dan menyiasat apa sebenarnya yang berlaku namun tidak bertemu sebarang kuntilanak yang dikatakan.

“Kami berpesan kepada penduduk agar kekal tenang dan banyakkan solat sunat agar terhindar daripada sebarang malapetaka,” kata Jagani.

Sementara itu, salah seorang penduduk tempatan, Tommy, berkata sejak dua tiga hari lepas, dia ada mendengar cerita rumah penduduk di Desa Dahari Selebar diketuk individu misteri.

“Apabila malam menjelang, pintu rumah penduduk diketuk orang tetapi apabila diintai menerusi jendela, tiada orang,” katanya.

Sumber: Kosmo!, Voi Indonesia

0 views0 comments