• Jonathan Shiek

Pemuda British Dijel Hanya Kerana Kongsi Gambar Serangan Masjid

Seorang Lelaki British, Michael Nugent telah dihukum penjara tiga tahun dan enam bulan di sebuah mahkamah di Britain pada Rabu kerana kesalahan yang dilakukan dengan berkongsi gambar bahan-bahan ekstrimis dan serangan di sebuah masjid di New Zealand.

Nugent, 38 tahun telah ditangkap pada 19 Ogos 2020 dan didakwa dengan 12 kesalahan di bawah Akta Keganasan tetapi kemudian ditambah dengan enam lagi dakwaan keganasan lain. Dia juga turut berkongsi gambar serangan di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand pada Mac tahun lalu.

Masjid ini telah diserang oleh seorang warga Australia, bernama Brenton Tarrant pada tahun 2019 dan dia turut menyerang sebuah lagi masjid di New Zealand. Disebabkan serangan ini, ia telah melibatkan 51 orang terkorban dengan serangan di dua masjid. Sekali gus menyebabkan Tarrant dihukum penjara seumur hidup tanpa diberikan parol pada tahun 2020.

Sumber artikel asal dari Sinar Harian

0 views0 comments