• Syaziyah Md Sharif

Peminta Sedekah Warga Asing Kutip Hampir RM 2,300 Sehari!

Kalah gaji pegawai!

Ditemani seorang anak kecil dan bekas kosong, tiada siapa yang menyangka bahawa seorang pengemis wanita boleh menjana pendapatan lebih daripada rata-rata orang gaji di Malaysia.


Baru-baru ini, seorang netizen bernama Muhamad Reza Khalili Khalil telah melayari laman Facebook miliknya berkongsi kisah tentang seorang warga asing yang kononnya menyamar sebagai pengemis di Seremban, Negeri Sembilan. Dikatakan wanita itu pernah mengutip derma sehingga RM2,300 sehari!

Pengguna media sosial itu seterusnya mendedahkan bahawa wanita itu telah menyimpan buku rekod pendapatan harian untuk 2021 dan 2022 dan dalam salah satu gambar yang dimuat naik oleh Muhamad Reza di media sosialnya, kelihatan wanita itu telah mengutip RM2,050 pada 18 April dan RM2,100 pada 25 April tahun lalu.


Rata-rata netizen memberikan respon yang bercampur-baur, ramai berpendapat pengemis wanita cenderung menggunakan bayi dan anak kecil sebagai taktik untuk meraih simpati orang ramai.


Yang pastinya, rakyat Malaysia memang sangat pemurah. Kan?





Sumber: Facebook




11 views0 comments