• Jonathan Shiek

Peminjam PTPTN Yang Terjejas Kerana COVID-19 & Mangsa Banjir Ditawarkan Moratorium 3 Bulan

Kelmarin dalam sesi Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah terjejas akibat COVID-19 dan banjir diberikan moratorium selama 3 bulan.

“Bagi peminjam PTPTN dimana terjejas akibat wabak COVID-19 dan bencana banjir, mereka dibenarkan untuk memohon moratorium dengan bayaran balik pinjaman selama tiga bulan”. Sambungnya lagi, “ permohonan penangguhan boleh dibuat sehingga 31 Mac 2021”. 

Peminjam PTPTN boleh menarik nafas lega pada masa kini akibat masalah pandemik dan banjir yang kini melanda di negara kita. Beliau juga mengumumkan perkara ini melalui Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang telah disiarkan pada petang kelmarin.  

Sumber artikel asal dari Lobak Merah

#BANTUAN #PERMAI

0 views0 comments