• Syaziyah Md Sharif

Peminat Tegar 'TinTin' Jejaki Semua Lokasi Dalam Komik

Komik 'lejen' ni!

Kredit Foto: Facebook Nelwin

Seorang lelaki Indonesia berkongsi pengembaraannya mengelilingi dunia dan pergi ke lokasi atau mercu tanda mengikut komik kegemarannya 'The Adventures Of TinTin'.


Dalam laporan Mothership SG, sebuah catatan memaparkan gambar perjalanan seorang Nelwin Aldriansyah, seorang profesional kewangan dan peminat tegar Tintin yang telah sampai ke 18 buah negara untuk mencari lokasi yang dipaparkan dalam buku komik klasik tersebut.


Dia memuat naik momen perjalanannya ketika tiba di lokasi-lokasi tersebut di laman facebook dengan menyuntingnya bersebelahan babak-babak yang ada dalam komik.


“Pada 2014, saya mula menyedari bahawa banyak lokasi yang dipaparkan dalam komik TinTin adalah lokasi sebenar yang wujud di dunia kita dan bukan rekaan semata-mata


“Bermula 2016, saya mula menjejaki setiap lokasi yang pernah dilawati TinTin dan benar-benar wujud di dunia nyata,” jelas Nelwin.


Meskipun pengembaraan Nelwin kini terpaksa ditangguhkan kerana pandemik Covid-19, dia masih menyimpan harapan untuk melawat beberapa lagi lokasi dalam senarainya seperti Shanghai dan Lhasa (China), Cheverny (Perancis), dan juga kawasan sekitar Belgium iaitu negara asal TinTin.




Sumber: Mothership SG

6 views0 comments