• Jonathan Shiek

Peminat Tegar Marvel Pasang Papan Iklan “Bring Back Tony Stark”

Sudah dua tahun sejak Avengers: Endgame berakhir di teater dan memberikan penamat untuk wira asal Marvel Cinematic Universe: Iron Man / Tony Stark (Robert Downey Jr.).

Hero itu mati ketika menyelamatkan dunia dari Thanos,  dan sementara ramai di antara kita gembira (okok laa) dengan pengakhiran yang memilukan ini, ada yang tidak senang dengan kehilangan watak kegemaran mereka yang tidak mempunyai pengakhiran yang bahagia.

Peminat sangat tidak berpuas hati sampai sanggup memasang papan iklan baru di California, meminta Marvel Studios menghidupkan semula wataknya.

Menerusi ciapan @LightsCameraPod di Twitter,

“Papan iklan baru telah dipasang oleh peminat di Los Angeles, dan meminta Marvel Studios untuk menghidupkan kembali Iron Man, Tony Stark,”

Lihat foto papan iklan dalam tweet di bawah:

A new billboard has been put up by fans in Los Angeles, and asks Marvel Studios to bring the Iron Man, Tony Stark, back to life. pic.twitter.com/JtG2GvdzmL — Lights, Camera, Pod (@LightsCameraPod) April 22, 2021

Thread itu juga mengandungi beberapa reaksi dan pandangan berbeza:

SIGH #fanboys. Iron Man is gone for a reason. Some people don't like change. #MarvelStudios is going through a diverse series of stories. Iron Man's work is done. These are probably some of the same people who are mad about the diverse films and stories being made. pic.twitter.com/XXTyBvxF2g — You betta get that Vax🩹 (@JerrellZod) April 22, 2021

Malangnya bagi peminat yang telah melaburkan wang ke dalam iklan ini, kami nak beritahu bahawa tidak mungkin Downey Jr. akan kembali ke MCU.

Pelakon itu baru-baru ini mengesahkan sekali lagi bahawa zaman MCUnya sudah jauh ditinggalkan.

“Bermain Tony / Iron Man memang sukar dan saya telah betul-betul mendalaminya,” Downey Jr. kepada Hindustan Times. “Saya menjalaninya selama 10 tahun yang luar biasa dan memuaskan secara kreatif.”

Ketika ditanya adakah dia sukar meninggalkan Tony setelah melakonkannya selama bertahun-tahun, Downey berkata, “Saya telah melakukan semua yang saya mampu dengan watak itu dan sekarang, saya boleh melakukan perkara lain. Sekarang, ketika berusia pertengahan, anda mula melihat ke belakang dan menyedari ini semua adalah sebahagian dari perjalanan, dan semuanya berakhir. Saya bernasib baik dan bersyukur selama-lamanya kerana telah berakhir di mana saya berada. ”

Sumber: Comicbook.com

0 views0 comments