• shafika9

Peminat Mula Teruja Watak Ultraman Ribut Mengenakan Kain Samping Songket

Siapa saja tak teruja bukan ?


Kalau korang mengikuti perkembangan berkenaan Ultraman Ribut, pastinya korang mengetahui bila kali pertama watak Ultraman ini muncul. Ultraman Ribut buat kali pertamanya telah muncul pada siri Upin & Ipin, malah ia turut popular dikalangan peminat Ultraman yang lain.


Menariknya, Ultraman Ribut akan muncul dalam bentuk ‘ human form’ pada siri Ultraman Trigger sekitar bulan November nanti. Memandangkan Ultraman Trigger : New Generation Tiga merupakan karya terkini daripada Tsuburaya Production bagi menyambut ulang tahun Ultraman Tiga yang ke-25.

Gambar tersebut adalah keratan majalah dari Televi-Kun Oktober 2021 dan ini merupakan penampilan pertama secara rasmi bagi human form untuk Ultraman Ribut yang akan dilakonkan oleh pelakon Jepun, Tsuchiya Shiba. Shinba merupakan adik kepada pelakon terkenal di Jepun iaitu Tao Tsuchiya.


Pemakaiannya itu dapat menarik perhatian bagi warganet kerana penampilan yang bersongket sebagai samping, lengan panjang berwarna putih, vest coklat dan pengikat kepala hitam. Tidak pasti adakah itu baju melayu ataupun bukan. Adakah watak human form Ultraman Ribut berpakaian sedemikian pada siri Ultraman Trigger ? mari sama-sama kita lihat nanti.


Sumber artikel asal Oh! Media


8 views0 comments