• shafika9

Pemergian Mamat Khalid Individu Seni Tanah Air Yang Tiada Pengganti

Sedihnya akan pemergian beliau, mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah

Kredit foto: Berita Harian


Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan pemergian pengarah filem terkenal, Mamat Khalid pada hari semalam. Kehilangan seorang insan yang mempunyai bakat yang tidak mungkin dapat dicari ganti menurut dari Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa. Beliau telah disahkan meninggal dunia pada 12.30 tengah malam semalam di Hospital Slim River.


“Beliau jatuh pengsan di Sarang Art Hub Tanjung Malim dan menghembuskan nafas yang terakhir di dalam ambulan ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River”. Jenazah telah disembahyangkan di Masjid Jamek Idris dibawa ke kawasan perkuburan pada jam 1.50 tengah hari semalam.


Dianggarkan 300 orang hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di tanah perkuburan berkenaan. Turut hadir seperti rakan-rakan artis antaranya M Nasir bersama isteri, Awie, Zul Arriffin, Bell Ngasri, Zahiril Adzim, Bront Palarae, Avaa Vanja, Mat London, manakala penerbit dan pengarah, Raja Azmi Raja Sulaiman.


Sumber artikel asal dari Berita Harian


7 views0 comments