• Jonathan Shiek

Pembunuh George Floyd Dihukum Penjara Selama 22 Tahun Enam Bulan

Bekas anggota polis, Derek Chauvin pada Jumaat lalu dijatuhi hukuman penjara selama 22 tahun enam bulan selepas disabit bersalah kerana cubaan membunuh lelaki kulit hitam, George Floyd yang mencetuskan gelombang protes dan kemarahan di seluruh Amerika Syarikat (AS) mahupun di seluruh dunia.

Hukuman ini diputuskan setelah juri mendapati Chauvin 45, bersalah melakukan pembunuhan keatas Floyd dengan sengaja pada 20 April lalu selepas protes secara meluas membantah tindakan kekerasan dilakukannya dengan menekan lutut di belakang leher mangsa ketika ditahan pada Mei tahun lalu.

Peguam mewakili keluarga Floyd turut menyambut baik keputusan itu yang disifatkan sebagai langkah bersejarah menuju perdamaian antara kaum. Pada sebelum ini, keluarganya pernah menuntun Chauvin dikenakan hukuman maksimum penjara 40 tahun atas perbuatannya.

Sumber artikel asal dari Sinar Harian

0 views0 comments