• Jonathan Shiek

Pembeli Bakal Berdepan Denda RM 2,000 Beli Jualan Di Lampu Isyarat

Bagi pengguna jalan raya, korang dah tak dibenarkan untuk membeli sebarang produk yang dijual oleh peniaga di kawasan lampu isyarat. Ini kerana tindakan tersebut merupakan satu kesalahan. 

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, aktiviti perniagaan ini merupakan kesalahan kerana cara penjualan di jalan raya yang membahayakan penjual mahupun pengguna jalan raya yang lain.

Tambahnya lagi “mengikut peruntukan undang-undang, bukan penjual boleh dikenakan tindakan tetapi juga pada pembeli akan dikenakan tindakan denda tak melebihi RM 2,000,” katanya.

Beliau juga berkata, peniaga dinasihatkan agar mencari kaedah jualan lain yang lebih selamat bukan di kawasan lampu isyarat, jangan sampai membahayakan nyawa orang lain.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments