• Syaziyah Md Sharif

Pembaca Berita Sukan Ikonik, Abu Bakar Atan Tinggalkan TV3

Updated: Oct 8, 2021

Pembaca berita sukan, Abu Bakar Atan cukup sinonim dalam arena sukan kerana beliau merupakan pengulas sukan sebuah stesen televisyen tempatan dan telah berkhidmat lebih sedekad.

Gayanya yang bersahaja tetapi masih professional pasti akan dirindui, terutama sekali pada waktu Buletin Utama.

Ikon penyiaran sukan yang sering tampil dalam segmen sukan di stesen televisyen TV3 itu dilaporkan akan menamatkan perkhidmatan sebagai pembaca berita hari ini.

Perkara ini diberitahu oleh rakan sekerjanya menerusi laman Twitter,

Muka beliau mungkin biasa anda lihat di segmen sukan Buletin Utama. Tetapi esok (29 Disember 2020), bukan hari yang biasa buatnya. Esok hari terakhir ikon penyiaran sukan Abu Bakar Atan menjadi penyampai berita segmen sukan di Buletin Utama 😢 @newsmpb @BuletinTV3 @tv3malaysia pic.twitter.com/lb1QrEQgzm — Hazreen Mubarak (@mhazreenNewsMPB) December 28, 2020

Menurut Tweet itu, beliau difahamkan akan memegang satu jawatan lebih penting di tempat lain yang memerlukan komitmen tinggi yang menjadi penyebab beliau melepaskan jawatan dan bersara sebagai pembaca berita.

Sumber: Sinar+

0 views0 comments