• Jonathan Shiek

Pembaca Berita Lelaki Pakai Baju Cheongsam Semasa Live, RTM Tampil Jelaskan Keadaan

Baru-baru ini, kecoh dan tular di media sosial apabila seorang pembaca berita lelaki di sebuah stesen televisyen milik kerajaan apabila dia dikatakan berpakaian seakan Cheongsam ketika bersiaran pada Tahun Baharu Cina Jumaat lalu. 

Pembaca berita tersebut, Mohd Dhihya Sahlan yang mengenakan pakaian tradisi kaum cina merah mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada pengguna laman media sosial. Terdapat seorang netizen, berkata “ pembaca berita dan stesen televisyen itu tak sedar yang lelaki tersebut mengenakan Cheongsam,” tulisnya.

Ada netizen mengatakan, tindakan pembaca pemberita tersebut mengenakan Cheongsam perlu dihargai beikutan usahanya ketika menyampaikan berita.”Terima kasih kerana mencuba walaupun ia mungkin mempunyai kesilapan dalam cara pemakaian,” jelasnya.

Menjawab Persoalan Netizen

Pihak RTM telah menjelaskan isu berkenaan spekulasi dari netizen. Mengenai hal tersebut pihak jurucakap televisyen tersebut telah tampil untuk menjelaskan isu pakaian yang dipakai pembaca berita tersebut.

Pakaian itu adalah pakaian tradisional dikenali Samfu yang dipakai oleh kaum lelaki. Menurut laporan terbitan The Star, K. Krishnamoorthy, Pengarah Bahagian Perhubungan Awam Radio Televisyen Malaysia (RTM), pihak mereka amat menitik beratkan masalah budaya dan perkauman jadi pihak tersebut akan selalu rujuk pada pakar dan semak perkara seperti ini.

“Mengenai pakaian itu, telah dirujuk oleh penggaya kami Jenny Kueh dengan memaklumkan bahwa pakaiana itu berasal dari etnik Machu di China dan ia dipanggil Samfu. Kesilapannya, pembaca berita mengenakan pakaian itu tersalah ukuran,” jelas beliau.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments