• Jonathan Shiek

Pemandu Myvi Cuba Larikan Diri Selepas Langgar Van Sehingga Terbalik

Kejadian yang berlaku di Bandar Kinrara berdekatan Serdang, apabila sebuah kereta Perodua Myvi merempuh sebuah van dari arah belakang pada petang kelmarin. Keadaan kedua-dua buah kenderaan tersebut hancur teruk.

Dalam video pendek dibawah ini, dirakam oleh sebuah kereta melalui dashcam yang berjaya merakam sebuah Myvi merempuh van sehingga terpelanting ke sisi kiri jalan raya.




Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, berkata pemandu Myvi itu cuba untuk melarikan diri tetapi ditahan oleh orang awam yang kemudian menyerahkan kepada pihak polis.

“Pemandu Myvi berjaya ditahan dan dibawa Siasatan dan Penguatkuasaan (BSJT) untuk tindakan seterusnya. Mendapati hasil ujian saringan air kencing lelaki tersebut negatif dadah. Kami juga menjalankan ujian alkohol terhadap lelaki itu yang didapati tiada rekod jenayah. Kita akan mohon reman terhadap suspek mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdapat beberapa gambar dan video yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial ketika berlaku detik-detik cemas, pemandu Myvi melarikan diri sebelum ditangkap oleh orang ramai.

Sumber artikel asal dari VOCKET

#kemalangan

0 views0 comments