• shafika9

Pemandu Myvi Buang Kotak Rokok, Akhirnya Di ‘Sekolahkan’ Oleh Doktor Gigi

Netizen puji cara doktor gigi lakukan supaya tidak membuang sampah merata

Kredit foto: Wan johan Arif (Facebook)


Tabiat buruk segelintir pengguna jalan raya yang tiada perasaan malu dengan membuang sampah di tengah jalan bukanlah satu perkara yang asing lagi di negara ini. Tindakan tidak bermoral dan bertanggungjawab ini bukan sahaja mencacatkan pemandangan malahan ianya akan mengotorkan alam sekitar.


Terdapat satu video yang kini viral di media sosial yang memperlihatkan seorang pemandu Perodua Myvi berwarna oren membuang kotak rokok di tengah jalan raya di sebuah persimpangan lampu isyarat yang sesak berhampiran Hicom, Shah Alam.

Mungkin tindakan kurang sivik itu mendatangkan berang terhadap Dr. Wan Johan Ariff yang merupakan doktor gigi, kebetulan sedang memandu ambulans di belakangnya kemudian dengan beraninya turun dari keretanya lalu mengutip sampah itu dan melemparkan kotak pada pemandu Myvi tersebut.


Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen. Ramai berasa kagum dengan tindakan doktor itu cuba mendidik golongan yang kurang ada kesedaran sivik sepertinya. Malah, ramai yang meluahkan rasa berpuas hati melihat pemandu Myvi tersebut yang terpinga-pinga selepas diberikan teguran berkenaan.



Sumber artikel asal dari BuzzKini

15 views0 comments