• Jonathan Shiek

Pemandu Mabuk Rempuh Rumah Orang Lain Pada Pukul 4 Pagi

Seperti kita mengetahui sambutan Tahun Baru Cina telah diraikan beberapa hari yang lalu oleh masyarakat berbangsa Tiong Hwa di Malaysia mahupun di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, suasana gembira, bertukar menjadi kisah duka seperti yang diluahkan oleh pengguna Twitter @JamaliahMimhat yang berkongsi ciapan mengenai rumah keluarganya. 

Rumahnya hampir musnah akibat dilanggar oleh pemandu berbangsa Cina yang dipercayai mabuk ketika memandu. Kejadian tersebut juga yang berlaku pada sekitar 4 pagi semalam di kediamanya. 

Habis jahanam rumah mak bapak aku kau langgar. Pukul 4 pagi buat perangai mabok2 bawak kete laju2 langgar rumah orang. Pelik pulak orang macam kau panjang umur ek. Nak raye sangat kan! Haa raya kan sekali duit kau tu. Dungu pic.twitter.com/k47x5xpJrk — Cik_Mal 🥀 (@JamaliahMimhat) February 14, 2021

Tambahan pula, tiada kemalangan jiwa yang berlaku termasuk juga pemandu tersebut terselamat dalam nahas terbabit. Pemandu wanita tersebut, meminta maaf kepada keluarga mangsa atas kejadian yang tak diingini telah berlaku. 

Kita berharap kejadian ini menjadi iktibar kepada pengguna jalan raya supaya jangan memandu ketika mabuk. Ini kerana melibatkan nyawa pengguna jalan raya lain yang boleh berlaku kemalangan jiwa. Pihak kerajaan perlu mengambil berat terhadap pemandu mabuk yang kian meningkat dari hari ke sehari dan perlu lakukan tindakan keras terhadap perkara ini.

Sumber artikel asal dari VOCKET

#keretarempuh

1 view0 comments