• Syaziyah Md Sharif

Pemandu Lori Yang Terbabas Di Lebuhraya NKVE Positif Syabu

Dia juga dipercayai tertidur ketika memandu selain di bawah pengaruh dadah

Tangkap Layar Video

Semalam, sebuah klip video tular dimana sebuah lori yang hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer (KM) 10.9 Lebuh Raya Baru Lembah Kelang (NKVE) adalah disebabkan memandu dalam pengaruh syabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi semalam dengan lori tersebut dalam perjalanan ke Subang.


Katanya, pemandu lori berusia 33 tahun itu kemudian telah hilang kawalan secara tiba-tiba yang dipercayai tertidur lalu gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas.


“Selang beberapa minit, sebuah motosikal ditunggangi seorang lelaki dari arah sama gagal mengelak dan terlanggar lori tersebut, ujian saringan air kencing pemandu lori itu didapati positif methaphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Justeru, Ramsay menegaskan, suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman hari ini.


Tambah beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


“Bagi kesalahan trafik pula, kes disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan semasa dibawah pengaruh dadah.




Sumber: Kosmo!

8 views0 comments