• Jonathan Shiek

Pemain Badminton Beregu Lelaki Negara Berjaya Ke Peringkat Separuh Akhir

Kemenangan yang tidak disangka-sangka apabila beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya mengorak langkah ke peringkat separuh akhir dalam acara badminton pada sukan Olimpik 2020 selepas menundukkan pasangan nombor satu dunia dari Indonesia Kevin Sanjaya Sukamuljo dan Marcus Fernaldi Gideon dengan 21-14, 21-17 pada sebentar tadi.

Kemenangan ini, semestinya adalah kejayaan terbesar buat pemain beregu negara kerana berjaya mengalahkan pemain beregu nombor satu dunia pada masa kini. Aaron Chia dan Soh Wooi Yik bakal ke pusingan separuh akhir dan berkemungkinan akan berentap dengan pasangan dari China Li Junhui dan Liu Yuchen atau pasangan beregu dari negara Denmark Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen pada hari esok. 

0 views0 comments