• Jonathan Shiek

Pelumba Basikal Negara Bakal Berdepan Dengan Pencabar Yang Sukar

Pemain basikal negara, Datuk Azilzulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom meneruskan misi untuk membawa pulang pingat buat negara apabila melangkah ke pusingan ketiga acara pecut di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Bagaimanapun, ia menjadi satu halangan besar buat pelumba negara apabila bakal berdepan dengan juara pingat emas Olimpik 2020 dari Belanda di pusingan ketiga hari ini.

Dua pelumba dari Belanda, Jeffrey Hoogland dan Harrie Lavreysen masing-masing turun dengan rekod terbaik di temasya tersebut selepas meraih emas acara pecut berpasukan pada hari semalam. Semestinya perlawanan pada petang ini akan menjadi saingan yang sengit buat pelumba negara.

Shah Firdaus yang pada sebelum ini tewas kepada juara dunia dari Belanda, Harrie Lavresyen dalam aksi pusingan kelayakan akan berdepannya sekali lagi dalam saingan pusingan ketiga. Pemenang dalam acara tersebut akan layak secara automatik ke suku akhir, manakala yang tewas perlu memburu tempat ke suku akhir menerusi aksi repechage. Semoga maju jaya buat kedua-dua pelumba negara.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments