• Syaziyah Md Sharif

Pelukis Mural Ini Jadikan Pandemik COVID-19 Sebagai Ilham Untuk Karyanya!

Updated: Oct 14, 2021

Amey Sheikh Ali, 30 tahun, menjadikan melukis sebagai hobi seawal usia tujuh tahun, tidak sama sekali menyangka bakat yang dimilikinya itu kini menjadi sumber pendapatan utama.

Bermula tahun 2013, Amey nekad untuk menjadi pelukis mural sepenuh masa dan lebih membanggakan apabila hasil kreativitinya itu sudah menghiasi beberapa bandar-bandar utama di Sarawak.

Untuk rekod, dia telah menyempurnakan lebih 50 mural di Sarawak, Kuala Lumpur dan Ningbo, China. Wah!

Bersesuaian dengan era pandemik ketika ini, dia memilih untuk menghasilkan karya-karya bertemakan COVID-19 dan norma baharu.

Bertemakan Kita Jaga Kita, Amey memilih menggunakan isteri dan anaknya untuk dijadikan lukisan bagi menghasilkan terjemahan yang relevan dengan situasi terkini.

“Saya memilih menggunakan kedua-dua mereka sebagai model lukisan bagi memaparkan dua generasi yang berbeza, pertama generasi 90an dan generasi terkini.

“Apa yang cuba saya paparkan adalah kita semua mempunyai tanggungjawab untuk membendung penularan wabak ini, tidak kira tua atau muda, semua memilliki peranan yang sama,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.

Selain itu menerusi karyanya juga, Amey berharap agar masyarakat akan lebih prihatin tentang kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan.

Sangat berbakat!

#mural #sarawak

1 view0 comments