• Jonathan Shiek

Pelitup Muka Bakal Ada Pengesan Covid-19 Menggunakan Jalur Warna

Seiring berjalannya waktu, begitu juga teknologi dan inovasi lain. Sekumpulan penyelidik di University of California San Diego (USCD) membuat jalur ujian warna yang boleh diletakkan pada topeng muka. Pelekat itu digunakan untuk mengesan Covid-19 dalam nafas atau air liur pengguna topeng. Sekiranya dikesan, ia akan berubah warna.

Projek ini dijalankan bagi membantu pemantauan jangkitan Covid-19 dengan mudah, berpatutan, dan boleh dipercayai.

Projek ini juga mendapat USD 1.3 juta (RM5.3 juta) dari National Institutes of Health dan merupakan sebahagian daripada program Rapid Acceleration of Diagnostics Radical yang bertujuan untuk membendung Covid-19.

Para penyelidik akan membuat jalur ujian atau pelekat yang dapat melekat pada topeng seperti N95, topeng bedah atau topeng kain. Ia akan mengesan kehadiran molekul pembelah protein yang juga dikenali sebagai protease, yang dihasilkan dari jangkitan virus Covid-19.

Jalur ujian mempunyai garis yang akan menentukan jika virus itu ada atau tidak. Sama seperti memeriksa hasil ujian kehamilan di rumah.

A new tool for monitoring #COVID19 may one day be right under your nose: color-changing test strips that can be stuck on masks and used to detect SARS-CoV-2 in a person’s breath or saliva. New project led by @UCSanDiego nanoengineer Jesse Jokerst: https://t.co/WMzlCCpHe6 pic.twitter.com/0pa9BpfQao — UCSD Engineering (@UCSDJacobs) January 21, 2021

0 views0 comments