• Jonathan Shiek

Pelawak Disebalik Meme Ini Meninggal Dunia Di Usia 65 Tahun

Tiada lagi meme ‘lelaki ketawa’ selepas ini dan hanya tinggal sebagai kenangan saja. Seorang pelawak dari Sepanyol dilaporkan meninggal dunia pada usia 65 tahun. Dia yang dikenali sebagai Juan Joya Borja menjadi terkenal dengan gaya ketawanya yang tersendiri.

Menurut dari laporan media tempatan, beliau meninggal dunia di hospital pada Rabu lalu waktu tempatan. Dia juga sering dikejarkan ke hospital kerana kesihatannya yang semakin merosot. Juan Joya mula dikenali pada tahun 2014 , ketika dia muncul dan menghasilkan ketawa yang berbeza dari orang biasa menerusi sebuah rancangan televisyen di Sepanyol.

Acara televisyen yang disiarkan lewat malam di Sepanyol telah mengubah kehidupan beliau serba sedikit. Borja pernah ditemu ramah mengenai dirinya yang bekerja sebagai pembantu rumah sebelum ini. 

Video tersebut dimuat naikkan di YouTube pada tahun 2007 dan tujuh tahun kemudian, ia masih ditonton berjuta-juta kali di seluruh dunia. Menjadikan pelawak itu lebih terkenal.

Sumber artikel asal dari VOCKET

1 view0 comments