• shafika9

Pelanggan Berang Makan Ikan Siakap Berharga RM 1,196.80

Kata pemilik restoran, pelanggan sendiri yang nak ikan siakap itu

Kredit foto: Kosmo!


Terbaru tular di media sosial apabila pemilik restoran terapung menjual hidangan siakap bernilai lebih RM 1,000 di Taman Geoforest Karst Kilim. Menurut dari pemilik restoran tersebut, pelanggan itu yang memilih ikat tersebut walaupun telah diberitahu saiz ikan adalah sangat besar. Pemilik Restoran terapun Sas Rimba, Norasyikin Musa berkata, dia sendiri yang mengambil pesanan itu daripada pelanggan.


“Saya sudah pun menerang kepada pelanggan bahawa ikan tersebut biasanya tidak dijual, tetapi dibela sebagai salah satu pertunjukan di situ. Malah, saya juga mencadangkan ikan lain seperti siakap merah dan kerapu yang saiznya sekita satu hingga 1.5 kilogram (kg) yang lebih sesuai dijadikan hidangan,” katanya.


Jelasnya lagi, dia telah meminta pelanggan itu untuk melihat sendiri ikan tersebut sebelum dimasak tetapi mereka tidak mahu berbuat demikian. Harga bagi ikan siakap juga sudah dinyatakan di dalam menu, sebanyak RM 16 bagi setiap 100 gram (g). Norasyikin turut menerangkan tiada mengenakan sebarang caj tambahan bagi pembayaran menggunakan kad kredit seperti yang didakwa oleh pelanggan tersebut.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


19 views0 comments