• Jonathan Shiek

Pelakon Wanita Mexico Umumkan Dirinya Hamil Pada Usia 68 Tahun

Pelakon Mexico, Lyn May telah mengumumkan bahawa dia hamil pada usia 68 tahun dan menyatakan bahawa dia akan mempunyai bayi dengan pasangannya, Markos D1 yang berusia 29 tahun.

Bintang layar perak itu memuat naik berita tersebut dalam laman Instagram pada hari Ahad kepada 163,000 pengikutnya dengan berkongsi foto dirinya bergambar dengan pemuzik, Markos D1.

“Saya sangat gembira untuk mengumumkan bahawa saya hamil 3 bulan dan @/markosd1official sangat gembira kerana dia akan menjadi ayah.”

Sekiranya kehamilan May berhasil sampai sepenuhnya, dia dengan selesa akan memecahkan Rekod Dunia Guinness dengan gelaran ‘wanita tertua yang melahirkan anak’.

Sebelum ini, pada 29 Disember 2006, Maria del Carmen Bousada Lara mengambil gelaran tersebut ketika dia melahirkan anak lelaki kembar, Christian dan Pau, dengan pembedahan caesar di Barcelona, ​​Sepanyol, ketika dia berusia 66 tahun dan 358 hari.

Sebagai info, pelakon wanita itu sebelum ini pernah berkahwin dengan Antonio Chi-Xuo dari tahun 1989 sehingga kematian lelaki tersebut pada tahun 2006

Sumber: Newsweek 

0 views0 comments