• Jonathan Shiek

Pelakon Veteran Noryati Taib Meninggal Dunia

Pelakon Noryati Taib, 63, yang terkenal dengan panggilan ‘Makcik Petir’, meninggal dunia pada jam 1.45 pagi tadi.

Berita sedih itu dikongsi anaknya, Faizul Hafiz Hashim melalui hantaran di Facebook (FB), kira-kira empat jam lalu.



assalammualaikum. dukacita dimaklumkan MAMA saya (hajah noryati bte taib) telah meninggal dunia pada 1.45pagi sbntar… Posted by Faizul Hafiz Hashim on Tuesday, April 6, 2021

“Dukacita dimaklumkan Mama saya meninggal dunia pada jam 1.45 pagi sebentar tadi.

“Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga Allahyarhamah di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya dalam entri berkenaan.

Anak saudara Allahyarham, iaitu penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin turut memaklumkan pemergian pelakon itu melalui hantaran di Instagram (IG).

Berita pemergian Allahyarham turut dikongsi teman artis seperti penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi yang mendoakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

Pada 2017, arwah dilaporkan pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.

Selain itu, sebelah kakinya terpaksa dipotong kerana menghidap penyakit kencing manis.

Allahyarham terkenal dengan gelaran Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary dalam drama seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty dan Tari Tirana.

Inalillah

0 views0 comments